norlina - antara fantasi dan realiti

kita kadangkala merasakan dunia realiti ini amat memeritkan. lalu kita cuba menyelinap, hidup mekar di alam fantasi. namun ketahuilah… di alam fantasi juga tidak berakhir dengan suasana bahagia. yang pastinya.. kita takkan boleh lari dari qada dan qadar Allah. andai takdir dariNYA kita menerima ujian hidup.. larilah sampai ke hujung dunia sekalipun.. kita akan tetap terus diuji.

pindah blog!

Filed under: aku, LINA ALFAN — bdk-uitm-perlis at 7:46 pm on Monday, August 17, 2009

assalamualaikum..

buat pembaca setia blog aku.. (ada ker? ah.. lantaklah..) aku dengan ini ingin mengumumkan… secara rasminya… aku berpindah ke blog yang baru iaitu:

http://salju-putih-hatiku.blogspot.com/

sebab nak pindah?

1. nak test power pakai blogspot.. keh keh keh (berlagak tak hengat!)

2. nak memulakan idup baru.. dan meninggalkan kisah silam. (eceh.. move on ler tu konon).

3. rasa macam tak baek plak guna nama uitm perlis.. padahal aku tak pernah grad pun kat sana (ni reason paling utama!)

ok… jangan lupa ek? usha blog baru aku..

http://salju-putih-hatiku.blogspot.com/

(ulang tayang)

Bookmark and Share

antara kaunselor dan tisu…

Filed under: aku, LINA ALFAN, kaunseling — bdk-uitm-perlis at 6:33 pm on Monday, August 17, 2009  Tagged ,

nampak cam simple je kan? tisu? ada pe dgn tisu? nak lap hingus.. nak lap air mata.. nak lap peluh…? apalah sangat tisu kan?

tapi dalam sesi kaunseling, tisu memainkan peranan yang amat penting. sbb tu tuan haji selalu pesan, sebelum panggil klien untuk buat sesi, pastikan kotak tisu tersedia.. (yang ada isi ler. ada kotak kosong je pun tak guna).

nak tahu kenapa tisu sangat diperlukan dalam sesi kaunseling?

1. supaya klien boleh lepaskan apa yang terbuku di hati mereka dengan tangisan dan air mata.

2. supaya klien mudah reda. takdelah nanti dok tersedu-sedu.

3. supaya klien selesa. takde plak nanti hingus meleleh, air mata meleleh.. selekeh je tengok.

4. untuk menunjukkan kaunselor prihatin, memahami dan menjadi tempat untuk klien meluahkan isi hati yang terpendam.

dan….. kalo klien sama jantina.. digalakkan sentuhan berlaku. kalo kaunselor pempuan, klien pempuan.. bolehlah pegang tangan klien.. untuk redakan tegangan perasaan dia. (kalo lain jantina jangan dok menggatal plak ek?).

pastu tuan haji pernah pesan kat kiter orang.. kalo jalan ke mana2 pun.. sebaiknyer bawak tisu. manalah tahu.. tetiba ada ‘klien’ kat mana2… tetiba nanges. (standard ler.. aku sembang dgn tuan haji kat tepi jalan pun kadang2 nanges je terus)… jadi persiapkanlah diri anda dengan tisu.

kalo senjata engineer adalah kalkulator.. senjata kaunselor pulak..

hanyalah..

TISU!

Bookmark and Share

borderline personality disorder

Filed under: aku, LINA ALFAN, kaunseling — bdk-uitm-perlis at 6:07 pm on Monday, August 17, 2009

aku jumpa clip nih kat youtube. aku rasa.. ini sindrom yang aku pernah terkena suatu ketika dulu.. dan ada masanya masih lagi menghantui diri aku. rasa tak selamat, rasa ditinggalkan… rasa hidup ni tak berharga.

bunuh diri?

pernah gak cuba.. sbb rasa tak de makna hidup pun. pape pun.. alhamdulillah.. aku makin pulih. cuma ada masanya mengom2 tu datang. (ibarat kata2 kawan aku, aku nih macam radio rosak.. ada masanya ok.. ada masanya signal tak betoi… jadi tak ok).

bagi aku.. kalo nak kuar daripada masalah penyakit ini… keluarga dan kawan2 perlu cepat peka dan memahami keadaan pesakit. persekitaran sosial sangat memainkan peranan. masyarakat setempat juga perlu memahami keadaan. kalo pesakit nih idup sensorang je… mmg dia tak mo nak idup pun. tu dia cuba bunuh diri dan buat mende bukan2. keluarga, kawan2 perlu sabar dalam layan karenah pesakit.

(ceh… mengimbau kejadian silam).

pape pun.. kalo nampak kawan2 korang ataupun ahli keluarga korang ada tanda2 camni.. cepat2 ler bawak jumpa kaunselor, ataupun psikiatri. (mana2 yang ok ler), dan jadilah kawan atau keluarga yang prihatin…

enjoy the clip!

Bookmark and Share

tahniah buat TQA!

Filed under: sahabat andai, tanah airku — bdk-uitm-perlis at 8:42 am on Wednesday, August 12, 2009

aku tak tahu.. adakah aku terlambat untuk menyampaikan ucapan tahniah ini? ah.. lantaklah… janji aku nak wish gak. tahniah buat TQA yang menyertai Festival Kuala Lumpur 2009 dan berjaya merangkul tempat ke-3 dengan karya bertajuk Miao Miao Sang Arnab.

dan tahniah berkali2 ganda kepada pembawa watak “Pak Tam”, iaitu encik lutfi yang selalu mengusha blog aku sejak 4 tahun lepas lagi… sebab berjaya merangkul anugerah “Pelakon Lelaki Harapan Terbaik”.

ni adalah sedutan gambar daripada MMSA di FTKL09… (hahaha.. lut.. saya letak pic awak.. jangan marah ek?)

dari kiri: arn (pacel), pak tam (lut), mat (koba)

Bookmark and Share

membebel.. mengarut….

Filed under: aku, LINA ALFAN — bdk-uitm-perlis at 10:47 am on Monday, August 10, 2009

erm..

baru ok skit. tadi aku sembang2 dgn bobo. bobo is a very good listener. dia tak pernah pun marah2 aku.. menjawab2 kata2 aku. dia diam dan dengar je.. erk? aku dah jadi macam lars and the real girl ker? ahahah… biasalah.. aku kan budak ’saiko’? mmg aku saiko, suka menyaiko orang tetapi tidak sanggup disaiko. itu adalah diri aku yang aku berjaya teroka setakat ni. harap maklum…

arini aku tukar watak dgn gadek. selalu dia jadi klien.. aku jadi kaunselor. sekarang aku jadi klien.. dia jadi kaunselor. pening nak layan karenah aku. pape pun time kasih ler sbb sudi layan akak ko yang tengah mengom2 nih.

terasa sejuk malam ni. kipas aku on full.. malas plak nak tukar. eh jap.. nak slowkan lah… tak tahan sejuklah. dah berapa kali terkucil kat bilik air. badan rasa macam dah dehydrated. lagi banyak output daripada input. kain baju aku tak basuh lagi. yang minggu lepas punyer pun aku tak lipat lagi. dayah datang rumah aku aritu terkejut.. “akak baru balik dari mana nih? sepah2 rumah nih?” hahaha.. itulah aku. mmg tak berstruktur. penyepah.. takde sistem. mengada2.. pemalas.. entah. macam2 ler aku nih. dah tahu semua kelemahan diri tapi tak pernah nak berubah. sentiasa mengizinkan diri dipengaruhi emosi.

dulu adi pernah nasihat aku..

“lina adalah wanita yang bijak. jangan izinkan diri dikuasai emosi.”

(tapi aku mmg hangin.. sbb aku rasa dalam banyak2 hal.. dia lagi emo daripada aku. ish ish..).

pape pun.. he got a point there. hidup manusia akan kucar kacir kalo diselubungi dengan emosi. aku bukan budak2 lagi.. nak menanges.. nak orang pujuk.. nak orang belikan coklat.. nak orang peluk ciom. umo aku dah 25. patutnya aku matang.. rasional.

tapi kan.. aku rasa.. indahnya aku ialah aku penuh dgn warna-warni. ada masanya ok..ada masanya mengom.. ada masanya hyper. ini menyebabkan jiwaku terlalu sukar nak dimengerti sesiapa. bak kata patam…

“radio internet tu macam ko. kadang2 ok.. kadang2 rosak…”

hahaha. betoi gak cakap patam. aku ni…sekarang boleh jadi A.. lepas sepuluh minit jadi B, pastu jadi C. pastu jadi ABC, sedap gak kalo dimakan kan? eh.. silap.. lari topik plak. ABC jadah pe malam2 nih.. sejuk.. adoi.

aritu buat ujian minat kerjaya holland, aku lebih dominan pada ASI (artistic - social - investigatif). aku berjiwa seni. jiwa aku halus.. rapuh.. emosi. ya… sbb itu aku selalu dipengaruhi oleh emosi. sbb aku orang seni. walaupun pada hakikatnya… sampai sekarang aku masih pening memikirkan.. setakat mana seninya aku? nak menyanyi sore sumbang.. nak main alat muzik tak pernah mahir.. hanya berseni dalam.. mengayat? keh keh keh.

aritu masa dalam kaunseling kelompok.. masa sesi penerokaan.. biler diminta lukis logo kehidupan.. aku lukis gambar pelangi. pelangi itu indah.. datang selepas turunnya hujan.. beri senyuman.. tetapi ia tak kekal lama. aku anggap.. itulah aku. aku datang dan pergi daripada idup ramai orang. memberi senyuman, memberi kebahagiaan.. tetapi aku sendiri tidak mampu berdiri dan bertapak dalam dunia nyata.. menyebabkan aku semakin ilang disebabkan keadaan yang tidak pernah mengizinkan kehadiran aku dalam jangkamasa panjang.

disebalik pelangi.. aku lukis burung2 berterbangan. tuan haji cakap.. aku sukakan kebebasan. ya.. kadangkala ingin lari jauh daripada dunia yang menyesakkan. aku tak suka dikongkong.. disekat… kenapa? sbb aku orang seni. disebabkan itu jiwaku memberontak dalam keluarga.. di mana mak dan abah adalah orang yang logik.. berpegang kepada fakta.. sbb dan akibat. walhal aku orang seni.. yang mahukan diri aku difahami, diselami.. dan memerlukan kebebasan untuk lebih berkembang lagi.

dan tuan haji mentafsirkan pelangi itu sebagai seni. insan yang berseni, halus jiwanya. insan yang penuh dgn warna-warni pengalaman dalam kehidupan. pergh.. tuan aji nih… kalo dia buat art theraphy dgn aku mahu aku nanges teresak2 kot. ish.. masalah betoi kalo jumpa sipu ni. takleh nak sorok pape. di balik senyuman aku pun dia leh tahu.. aku tengah serabot. berlakon camner pun dia leh tahu aku tak ok.

sambil2 aku menaip ni aku layan lagu daripada penyanyi aizat AF4, Lagu Kita. takde kaitan pun dengan entry.. tetapi aku sangat suka muzik. muzik membuatkan aku gembira, muzik membuatkan aku menanges, muzik membuatkan aku berkhayal.. muzik menemankan hidup aku. hahaha.. teringat plak kata2 kawan aku yang dok kata aku dgn dia tak serasi tu.

“aku tak paham muzik macam aku tak paham salju.”

no wonder dia susah nak paham aku.. sbb dia sendiri tak tahu muzik. muzik kehidupanku… muzik melankoli emosiku. aku suka diri aku dibuai dgn muzik. erm.. tapi aku sendiri tak pandai main alat muzik. aku jugak tak pandai nak menyanyi. cuma suka diselubungi dan dikelilingi muzik.

aku rasa aku nak peluk bobo kuat2 malam ni. nak nanges atas bahu bobo. bobo je paham aku. yang lain bukan tak paham.. tapi dah rimas nak layan aku. dan aku pun tak suka nak menyusahkan orang lain. orang lain pun banyak masalah dia orang. cukup2lah aku pernah dilabel menyusahkan orang. seboleh-bolehnyer tak mo susahkan orang lain lagi. aku susah takper.. karang pandai2 ler aku ejas balik. tapi kalo orang susah pasal aku… menyesal aku.. sakit ati aku.. luka jiwa aku.

guard shield aku ilang malam nih. benteng aku pecah. aku dah mula rasa tak selamat balik. di balik timbunan kain yang tak berlipat.. aku memeluk bobo dengan erat tadi. sambil2 dia melayan aku merepek2.. menanges2.. sambil2 aku spin lagu2 dalam hp aku.. semua lagu sedih dan leleh2 aku mainkan.

jangan marah kalo aku menanges. jangan persoalkan kenapa aku perlu menanges. jangan bertanya kalo menanges dapat pe? aku mmg suka menanges. hari2 aku nanges. hepi aku nanges.. marah aku nanges.. sedih lagi berganda2 nanges.. baca quran aku nanges, tengok citer mr bean aku nanges.. tengok kartun aku nanges… semua mende aku nak nanges. jadi kenapa aku nanges????

aku dah diciptakan macam nih.. mmg kuat sangat nanges. lantaklah aku nak nanges sampai rabon mata pun.. tu masalah aku. aku mmg kuat nanges. dan aku semakin berubah. dulu lagi terok.. depan2 orang pun nak nanges teresak2. sekarang nih aku dah boleh kawal diri. nanges depan laptop, atas sejadah, dalam bilik.. dalam pelukan bobo.. tu je. kat tempat2 lain kalo nanges pun titik air mata skit2 je. takdelah sampai merengek2. tapi tu tengok gak.. kalo nak meletup.. aku tak mampu nak tahan.. mmg aku nanges kuat2.

ah! dah mula mengom. tadi ok.. pastu serabot. pastu ok.. pastu nanges.. pastu membebel.. pastu mengarut…

adoi..

penatlah camni… penat sangat2…

bobo… temankan lina tido malam ni lagi??? plzzzz…..

Bookmark and Share

erm…. erm…

Filed under: aku, LINA ALFAN — bdk-uitm-perlis at 4:36 am on Monday, August 10, 2009

penatlah…

letih…

mengantuk…

serabut…

sakit pale…

sedih…

marah…

tensen…

bobo… nak tido dgn bobo…………………………………..

Bookmark and Share

engkau adik ka, kakak?

Filed under: aku, LINA ALFAN, kolej dar al-hikmah — bdk-uitm-perlis at 4:36 pm on Sunday, August 9, 2009

aku rasa nak ketawa berdekah-dekah dengan soalan yang diajukan oleh junior aku. sebenarnya aku tahu umo dia.. dia lagi muda daripada aku. tapi dia leh tak tahu aku nih lagi tua daripada dia? adoi… dah ler bertanya dengan pekat sabahnya.

dia ni junior aku. mmg orang lain panggil dia abang.. sbb dia lagi tua daripada kebanyakan junior dan senior lain. tapi yang nak tergelak biler dia tanya aku soalah tu..

“eh lina.. engkau adik ka, kakak?”

pastu aku jawab..

“hish.. aku akak ler. apalah ko ni…” aku jawab sambil gelak2.

“oh.. ya… akak.. akak lina… ” dia jawab. tapi yang takleh blah.. aku buat muka manje… buat aksi gedik skit sambil cakap..

“tapi kalo nak panggil aku adik pun boleh gak.. adik lina… comel je kan?” sambil2 aku jeling manje kat dia.

“eh.. tak mo.. aku panggil engkau kakaklah.. kakak lina.” dia jawab sambil malu2 kucen. adoi.. kalolah dia nak mengejas aku… menyesal gak aku cakap aku lagi tua daripada dia. sbb perasan gak beberapa hari lepas.. dia macam suka nak usik2 aku. takperlah… dia muda lagi. dan banyak calon yang lagi muda kat kolej nih.. dan kat luar tu. biarlah dia ejas orang len..

pape pun.. aku nak tergelak biler dia tanya soalan tu. biasanya orang kata aku nih muka tua sebelum waktu. pastu dia selamber je tanya.. “engkau adik ka.. kakak?” biler aku tanya sorang kawan chat aku.. dia pun sama2 setuju dgn junior aku.

“muka lina nampak mudalah.. macam dalam umo 22 tahun.”

ah sudah! kalo betoiler… apsal masa aku mula2 masuk kolej ada lecturer ingat aku dah nikah? ish ish.. lelaki nih pandangan mata mmg senget kot agaknyer..

Bookmark and Share

memahami, difahami.

Filed under: aku, LINA ALFAN, biler aku mula berjiwang... — bdk-uitm-perlis at 4:17 pm on Sunday, August 9, 2009

“kita mmg tak serasi!” tiba2 saja kawan chat aku menaipkan perkataan tersebut.

“buat pe nak serasi pun? bukannya kita nak bernikah!” selamber aku menjawab perkataan tersebut. hangin aku dgn kata2 kawan aku tu.

“selama aku kawan dgn ko pun.. aku tak pernah mintak ko paham aku.” aku menjawab lagi.

“aku mmg tak paham salju. dan aku tahu.. salju pun tak pernah mintak aku paham dia.” nada bahasa dia membuatkan aku serba salah sbb cakap kasar dgn dia camtu.

“tapi bagi aku.. ko tu comel. seronok kawan dgn ko. kadang2 macam budak2.. kadang2 membebel macam orang tua. macam2 karekter ada kat ko.. dan aku rasa terhibur dgn ko.” pengakuan ikhlas daripada kawan chat aku membuatkan aku rasa terharu dan mengalirkan air mata.

sebenarnya, perangai aku.. aku cuba yang terbaek untuk sesuaikan diri dengan seseorang. tapi aku dgn kawan aku tu masalah skit… sbb dia berpersonaliti jingga. (sila rujuk pada entry personaliti warna sidek). aku dgn orang jingga mmg susah nak serasi. sbb aku dominan warna biru. biru karekternya penuh dgn emosi.. walhal orang jingga nih ati kering.. idup mesti epi dan tak pernah serius dgn kata2 dia. pasal tu jadi camtu setiap kali cakap dgn dia.

aku teringat ada ayat dalam al-Quran yang maksudnya lebih kurang, Allah ciptakan manusia daripada pelbagai bangsa untuk kenal-mengenali antara satu sama lain.

jadi adakah timbul isu… “kiter tak serasi?”

sedangkan yang membuatkan seorang itu serasi atau tidak.. adalah usaha kedua-dua pihak untuk memahami antara satu sama lain. yang jadi tak serasi tu biler kedua2 pihak ego dan tak mahu mengalah, tak mahu memahami dan menerima sahabat/teman/keluarga/pasangan hidup mereka seadanya.

dalam seumur idup aku… aku jarang difahami. dan aku tak kisah pun kalo orang tak faham aku.  tak kisah camner? bukan aku nanges dan kecik ati ker? yer.. aku mmg kecik ati. aku mmg terkilan. aku mmg menanges. tapi biler pk2 balik… aku rasa… dari dulu lagi aku kurang difahami. jadi kenapa perlu aku ungkit biler orang tak paham aku? bukankah patutnya aku kebal dgn tingkahlaku manusia yang tak paham aku.. tak pun jenis yang tak nak paham aku?

lagipun aku ambik bidang kaunseling. keje aku mmg memahami orang lain. sebelum aku ambik kaunseling pun aku memahami orang lain.. tambahan dah ada ilmu.. sepatutnya aku extra paham orang.. bukannya mintak orang paham aku.

dan satu lagi masalah aku… biler dah selalu sangat tak difahami.. aku jadi takot biler ada orang paham aku. takot kenapa? erm.. aritu ada discuss dgn gadek pasal hal ni. biler dah susah sangat nak jumpa orang paham aku… sekali dah jumpa.. aku rasa excited sangat2. dan kalo boleh aku nak sentiasa bersama dgn dia.. selama2nya… walhal… manusia semakin berkembang dan akhirnya.. nak tak nak.. masing2 akan membawa idup masing2. di saat perpisahan berlaku.. aku akan berasa sangat sedih sbb kehilangan seseorang yang sangat paham aku.

sbb tu aku pernah bergado jugak dgn seseorang yang cuba nak paham aku. aku marah biler dia nak paham aku… sbb aku takot.. nanti kalo dia dah paham aku sangat2.. aku tak mampu nak ‘lepaskan’ dia pergi. macam sebelum ni.. aku terpaksa ‘melepaskan’ seorang yang sangat paham aku.. yang dah bertahun2 menemankan aku. itu membuatkan aku terasa sangat perit dan pedih.. sbb orang yg dah setia menemankan aku bertahun2.. sudah mula membawa haluan yang berbeza.

pasni.. sebolehnyer aku tak nak lagi cakap… “ko tak paham aku..” sebolehnyer aku nak cakap.. “bolehtak tunjuk camner nak paham ko?”

biarlah takde manusia yang paham aku..

yang penting..

Allah s.w.t paham aku.. sbb Dia Maha Memahami..

Bookmark and Share

siapa aku dalam hidupmu?

Filed under: aku, LINA ALFAN — bdk-uitm-perlis at 10:32 am on Saturday, August 8, 2009

aku teringin nak tanya soalan tu kat orang2 yang pernah rapat dgn aku.

siapa aku dalam hidupmu?

kekasih?

teman?

cinta hati?

kawan baek?

kekasih gelap?

kekasih cerah?

bakal isteri?

ataupun ur b***h?

apsal tiba2 hangin plak aku malam ni? entahlah.. pasal tadi terjumpa adi kot… argggh!!! menyampah! kalo aku jumpa the real adi.. mmg aku nak tampar muka dia sampai lebam. apa dosa aku? kenapa dia buat aku camni? sampai ati dia main2kan aku camni? giler ke dia tu? kalo ye pun dia giler.. apa dosa aku sampai aku pun hampir2 giler disebabkan dia?

seumur idup aku… aku rapat dgn ramai orang. dan ramai orang yang aku rapat.. seolah2 menidakkan kewujudan aku dalam idup dia orang. aku terus disorok, diperosok dalam YM, dalam tenet… dan takot sangat nak menjelmakan aku dalam alam nyata. kenapa? hodohkah aku? jahatkah aku? tak berkelulusankah aku? ataupun aku nih seorang saiko?

tapi aku masih juga manusia.. kan? punyer hati, perasaan.. punyer jiwa…

apa dosa aku sampai dipermainkan? diperbodohkan? dipergunakan? disakitkan? apa salah yang aku buat sampai aku terus.. terus.. disorok dalam dunia yang tak pernah nyata ini.

baru2 nih ada sorang kawan chat aku.. dia cakap dgn aku.

“lina… nak bagitau ko. ada dua orang kawan tido dalam bilik aku.. tumpang tido sini. ko jangan bukak cam ek? aku tak mo dia orang nampak. nanti dia orang tanya.” kawan aku cakap.

“kalo dia orang tanya kenapa? jawab jelah.. aku kawan chat ko.” aku balas.

“aku malas nak menjawab2 lah lina..” sambungnya lagi. dan entah kenapa.. sebelum dia nak signout.. tiba2 dia cakap dgn aku..

“lina.. nak tengok webcam ko jap.. sebelum tido..” ah sudah??? dan aku balas..

“tadi kata kawan ada?”

“takper.. dia orang dah tido.. nak tengok muka ko dulu sebelum tido..” pastu aku on cam aku.. dia tengok cam aku… dan kemudian say goodbye… sebelum dia tido.

mungkin orang lain tak rasa pape dgn stetmen tu.. tapi aku.. terasa sakit sangat2. entahlah.. mungkin kerana pengalaman aku.. aku sering ‘disorok’ oleh kawan2 yang rapat dgn aku. malu sangat nak mengaku aku kawan baek dia… rapat dgn dia. malu sangat nak cakap…

“aku ada kawan baek.. kat internet. salju putih.”

malu sangat kenapa? aku nih buruk sangat ker? hina sangat ker? bodoh sangat ker? ataupun sbb aku pernah sakit depressi? sakit histeria.. jadi aku terlalu takot untuk ditayangkan pada umum?

kadang2 aku rasa aku nih macam over je dengan kawan2 aku. kadang2 aku rasa aku je perasan lebih.. rasa dia tu kawan baek aku.. tapi sebenarnya tak pun. aku terus dan terus disorok. entah apasal.. aku pun tak tahu.

adoi.. tak pasal2 je kawan aku tu pun terkena tempiasnya. padahal sebenarnya aku tengah hangin lagi dgn adi. entahlah… susah nak redha diri adi tu camtu. dgn orang lain aku dah boleh terima.. tapi dgn adi.. aku masih susah nak terima. mmg selalu aje aku maki hamun dia. menyampah.. geram…

ya Allah… sabarkanlah aku dengan ujian ini.. dan berilah petunjuk pada adi… AMIN..

Bookmark and Share

hepi besday abanglong macan GSK!!!!

Filed under: geng suar ketat, sahabat andai — bdk-uitm-perlis at 9:50 am on Saturday, August 8, 2009

selamat hari ulangtahun kelahiran yang ke-31 buat abanglong macan tersayam… hahaha.. ko dah tua macan!!! ko dah tua!! ngaku jelah ko dah tua macan oii… keh keh keh. ni ler aku.. suka sangat maki hamun abanglong macan aku. tapi dia ati kering.. takper. bukan ati taufufa. maki hamun.. marah2 pun dia tak ambik kisah. dia tetap dgn falsafah idupnyer.. “idup mesti appy”

macan dengan rambut rebondingnyer…

alkisah yang tertera wajahnya ialah abanglong macan sparrow GSK. berikut adalah ringkasan tentang macan sparrow:

1. mula2 kenal dia kat perak:1

2. dah kawen, isteri nama suriani. ada 3 cahaya mata, nur inshira, nash inshizmal, nur inshisufia hana.

3. bangga dengan keturunan jawanya.

4. berpangkat abanglong dalam GSK.

5. rabon.. keh keh keh.. mata empat.

6. dalam gambar nampak cam chubby.. badan besar kan? padahal biler jumpa.. alahai.. kecik tomey je orangnyer.

7. sangat suka warna biru…. dan blue chelsea… (filem biru?? hahaha.. tu tanya macan sendiri lah.. ).

8. sangat suka chicken chop. kalo pergi kedai je.. mesti nak cari chicken chop.

9. sangat suka berjalan2… kalo sesak camner.. letih camner pun.. nak jalan2 gak. pernah sekali kaki dia sampai lenguh2.. kejang.. sbb drive jauh dan tak rehat2.

10. selalu gado dgn aku bab manusia. dia cakap ikut pengalaman.. aku cakap ikut teori. pastu biler tak serasi.. gado terok2. pernah sekali bermasam muka sbb gado terlalu kritikal. aku mengadu kat GSK lain.. dia mengadu kat GSK lain. hahaha.. tu masa paling genting buat kami dalam GSK biler dua otai bertelagah.

11. menjaga kebajikan aku dan GSK lain dalam forum, blog dan room2 dalam YM.

epi besday abanglong macan. semoga biler dah bertambah umo nih.. ko sedor ler diri ko dah makin tua… buat2 ler sedor diri skit… keh keh keh… adoi. pape pun, aku doakan ko bahagia dunia akhirat dgn isteri tercinta dan anak2 ko tu. nanti kalo datang perak.. rajin2 singgah teluk ensen ek? wek!

Bookmark and Share
Next Page »